Berapa kos untuk hantar anak – anak sambung belajar di IPT & IPTA ?

DIPLOMA (RM 15,000 – RM 38,000)

DEGREE (RM 25,000 – RM 45,000)

MASTER (RM 15,000 – RM 40,000)

PHD (RM 15,000 – RM 150,000)

Ini hanyalah anggaran kasar yuran pengajian sahaja, kos sebenar berbeza – beza mengikut kepada jenis jurusan yang di ambil, University, tempoh pengajian dan lain – lain.

Ini belum termasuk kiraan kos sara hidup sewaktu belajar, kos alatan pembelajaran seperti laptop, software dan alat peranti lain, kos pembelajaran seperti buku, printing paper work dan kos tersembunyi yang lain.

Bahan makmal, pembentangan projek, program-program sosial komuniti, kajian – kajian yang memakan kos, transportation yang tidak dikira dan jangan lupa selekoh akhir internship yang tidak digajikan oleh majikan, haha. Saya tak nak ulas panjang, Tapi persoalannya macam mana nak survive….itukan kos juga.

Adakah yuran pengajian ini tidak akan meningkat dalam masa 10 – 20 tahun akan datang?

semestinya tidak !

apakah tindakan yang kita nak ambil, jom kira dulu.

TETAPKAN MATLAMAT (RM berapa diperlukan bila umur 18 – 20)

Contoh kos universiti sekarang ± RM 30,000 – RM 60,000 untuk Diploma + Degree. Jika anak masih kecil, kos ni mungkin akan naik 30–50% bila umur dia 18 tahun akan datang, Contoh kita target RM 50,000, ini adalah realistik sebab adanya 2,3,4 dan 5 anak. Jadi matlamat asas kita adalah RM 50k untuk setiap anak.

Saya tahu orang cina akan taja anak mereka hingga ke PHD, selepas pada itu pandai – pandai kau lah survive, yeop…. kita ambil yang basic dahulu diploma + degree atau asasi + degree untuk nampak ianya realistik untuk dicapai.

Matlamat kita sebagai ibu bapa adalah untuk menyediakan dana pendidikan anak – anak, paling kurang ia cukup untuk cover kos yuran pengajian, itu sahaja itu pun sudah sangat bagus. Tak ramai yang sedar dan mampu buat sebenarnya.

Bergantung pada PTPTN, biasiswa kerajaan, dan Institusi tertentu. Tak salah dan rezeki masing – masing. Tapi apa yang kita sediakan untuk anak kita sambung belajar ? kita mahu anak – anak kita berpendidikan dan terpelajar,

bagaimana jika mereka tidak layak mendapatkan biasiswa, bagaimana jika ada tawaran dari luar negara. Tidakkah kita pernah mendengar kes penolakan disebabkan ekonomi keluarga ? adik beradik, jiran, sahabat dan kenalan yang terdekat kita ?

Maka, bersedia adalah lebih baik daripada mengharap dan merayu.

PILIH STRATEGI

Apakah strategi yang berkesan untuk menyimpan dana pendidikan anak – anak?

Menabung di bank, menabung saham, pelaburan hartanah, menabung emas, buat potongan di akaun SSPN, melabur di unit trust, takaful dan lain – lain lagi.

Kita perlu faham kenapa sesetengah instrument kurang sesuai untuk tujuan jangka panjang ini.

Simpan di bank memang mudah untuk akses, tetapi kadar pulangannya sangat rendah, ia tidak sesuai untuk dana pendidikan jangka panjang bahkan, kadar faedah yang diperolehi tidak mampu melawan inflasi. (data inflasi negara 2%-3% setahun)

Saham dan unit trust sangat berpotensi kerana pulangannya untuk jangka panjang dilihat agak berbaloi. Namun instrument ini memerlukan ilmu, masa dan kawalan emosi yang kuat, tak ramai yang ada skill ini.

macam mana dengan SSPN dan SSPN-i ?

ianya sesuai untuk tabungan asas, namun pada pendapat saya ianya kurang efektif sebagai pilihan instrument utama. Bagus ada pelepasan cukai, tapi kadar dividen 10 tahun kebelakang hanyalah sekitar 3%-4% setahun sahaja. kita boleh jadikan tabung SSPN ini sebagai pelengkap macam pembukaan akaun di bank, tapi bukan tonggak utama.

ada ibu bapa yang memilih hartanah, ianya bagus, tapi realitinya ia masih memerlukan skill dan modal besar. Pelaburan hartanah dikategorikan sebagai “high risk investment” dan yang paling penting hartanah adalah aset yang lambat cair, ia perlu perancangan yang betul.

saya tidak katakan pilih 1 dan abaikan yang lain, mungkin anda boleh “diversify” anda punya portfolio dana pendidikan anak – anak. Yang penting anda tahu altenatif dan terpulang pada strategi dan game masing – masing.

apakah altenatif yang terbaik ?

ya, Emas ! peranan yang seimbang, emas tidak menjanjikan pulangan yang luar biasa, hanya sekitar 10% kenaikan setahun, tetapi ia konsisten dalam mengekal nilai tersendiri.

  1. aset risiko yang rendah
  2. sesuai untuk semua golongan, mahupun yang kurang berkemampuan dan bergaji rendah
  3. mudah untuk dicairkan bila perlu
  4. emas penyimpan nilai jangka masa panjang yang bagus.
  5. bebas risiko kegagalan institusi, sebab anda urus sendiri
  6. aset stabil dan tenang fikiran tanpa fikir rugi.
  7. sudah terbukti diguna oleh pelbagai kaum dan bangsa dunia sebagai dana pendidikan anak – anak.
  8. bukan hanya ibu bapa sahaja, tetapi anak – anak pun boleh tambah tabungan emas dengan sendirinya. Seperti di akaun uncang emas KAB Gold, boleh bermula serendah RM 50 di sini.

dana pendidikan bukan semata – mata pulangan yang tinggi, tetapi duit yang perlu ada bila nak digunakan.

TENTUKAN SIMPANAN BULANAN (berdasarkan umur anak)

objektif RM 50,000 bahagi 20 tahun = RM 2500 bahagi 12 bulan = RM 208

ini adalah asas jika kita memilih simpanan biasa, ia juga boleh menjadi kayu ukur untuk instrument lain. Makna kata paling kurang RM 208 untuk setiap anak. Saya tahu ia agak tinggi jika kita ada ramai anak.

berbalik pada strategi kita diatas, sebab itu penting tahu game dan strategi apa yang kita nak guna untuk dana jangka panjang ini berkembang.

saya akan sambung next berkaitan dana pendidikan anak – anak dan emas pada penulisan blog yang lain, insya allah lebih terperinci lagi. Sekurang – kurangnya kita telah meletakkan batu penanda asas hari ini.

Menyimpan adalah asas dalam membina kekayaan, memberi adalah rahsia kebahagiaan.

– Malik Hafif –

25 December 2025


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *