
Sebab Syariah, itu sahaja
Saya pun asal menabung emas dari jenama terkenal di Malaysia abad ini.
Setiap company ada keistimewaan yang tersendiri, selagi mana ia masih berlandaskan ilmu dan tidak ajar perkara yang pelik – pelik, kita boleh follow.

- PRAKTIKALITI PATUH SYARIAH
Inilah perkara yang membuatkan saya jatuh cinta dengan KAB Gold, nak cari tempat beli emas yang ada sijil patuh syariah zaman sekarang mudah kita katakan, tetapi nak cari company yang praktikkan tahap patuh syariah yang tinggi…tak banyak pilihan yang ada, kenapa? (lihat point 2&3).
Itu belum kita ceritakan lagi beberapa company emas yang sebelum ini TELAH DI SAHKAN PATUH SYARIAH tetapi menyeleweng dan scam….tak pa itu bab lain, kita cerita lain kali…hehe
Patuh syariah di KAB Gold bukan sekadar mendapat sijil patuh syariah daripada penasihat syariah bertauliah, ia lebih daripada itu. Setiap titik – titik aktiviti muamalat barangan ribawi itu (emas) ditenun dan ditempa melalui jalan syariah.
2. PELANGGAN TAHU AUDIT PEMBELIAN DALAM SATU MASA

*Gambar di atas adalah akaun uncang emas
Uncang emas adalah akaun tempat kita beli dan simpan emas sebelum kita fizikalkan dalam apa jua bentuk yang kita mahukan.
uncang emas bukan emas digital tetapi emas fizikal yang belum kita keluarkan,
katakan kita mahu 10gram emas fizikal, mungkin nak beli seketul terus 10gram kita tidak mampu, tetapi hasil tabungan 1 gram sebulan, kita boleh keluarkan 10gram fizikal pada bulan ke 11, serendah 0.5 gram pun kita boleh fizikalkan. Ringkas cerita macam tabung emas.
kalau kita lihat dgn jelas pada gambar akaun uncang emas tersebut, kelihatan min & max Purchase….itulah “Praktikaliti Patuh Syariah” menarikkan.
Mari saya detailkan lagi….penting ke?
i) Untuk mengawal selia pembelian/sistem/stok dalam satu masa.
ii) Setiap pembelian adalah berasaskan stok simpanan emas syarikat sedia ada sahaja.
iii) KAB Gold tidak menjual barangan yang tidak ada ditangan kecuali pembukaan pre – order limited edition.
iv) KAB Gold tidak mengambil duit anda dahulu, baru buat pembelian stok emas
v) Setiap pembelian emas adalah hak kita dan milik kita
vi) Emas tersebut tidak dirolling atau digunapakai untuk tujuan yang lain.
TRANSPARENT Tak? Amacam…
3. JELAS PAPARAN STOK/ITEM
Selain dari “akaun uncang emas”, pelanggan juga boleh membuat pembelian terus emas fizikal,
menariknya di sini, pihak KAB Gold tidak segan silu untuk letakkan 0 item pada barangan yang tiada stok atau sudah kehabisan stok semasa…
menarik juga di sini, KAB Gold letak juga berapa kuantiti stok semasa yang available dan boleh dibeli…

PERKARA SIMPLE TAPI BESAR PADA SUDUT SYARIAH.
i) Jarang ada tempat beli emas yang bagi tahu pegangan stok emas yang dimiliki semasa.
ii) Tak banyak tempat yang declare 0 item jika tiada stok, paling kurang dia akan letak juga stok :1
macam kita pergi kedai apek, tanya semua ada….nanti dia pergi ambil kedai sebelah.
4. SEBAB SAYA MALAS !!!
Emas termasuk dalam 6 jenis barangan ribawi (emas, perak, gandum, barli, kurma, dan garam) barang – barangan yang dikenakan hukum riba dalam jual beli yang sangat ketat.
Di sebabkan saya pernah membeli emas di tempat yang sijil patuh syariahnya tidak diperbaharui dan sudah tamat tempoh, so pendek kata saya lebih yakin dgn KAB Gold dari sudut praktikal dan syariah complient.
Malas nak fikir bab syariah kedepan – kedepan harinya jika ada masalah syariah dan riba. Nak buat kira – kira yang mana patuh syariah, dari tarikh berapa start tak patuh syariah, huh teringat isu KWSP dahulu pernah mengejutkan hampir semua pencarum orang islam,
Alhamdulillah dengan bantuan kepakaran Ahli Syariah dan Akademik Perkara itu pun telah selesai.

MENYIMPAN ADALAH ASAS DALAM MEMBINA KEKAYAAN, MEMBERI ADALAH RAHSIA KEBAHAGIAAN
– MALIK HAFIF –
10 DECEMBER 2025


Leave a Reply